Bila baring sorang sorang kat dalam bilik, aku mula fikir tentang hidup dan mati. Hidup ni tak lama, aku mula terbayang akan tamatnya hidupku nanti. Dulu bersukaria sampai tak ingat dosa pahala. Apa yang aku lakukan semuanya menurut hawa nafsu. Kalau nak cerita pasal mati, takut,berdebar,rasa gerun itu ada dalam diri tapi hanya sekejap. Lepas itu buat macam biasa,dengan mudah membuat dosa balik. Bila teringat kembali dosa dosa silam, aku hanya mampu diam. Berbakul bakul dosa aku kena hadap. Andai kata Allah murka dengan aku,aku redha dengan kesilapan aku. Bila fikir pasal dosa,aku terpaku sekejap. Mengalir air mata aku, yaaa aku lelaki,tak mungkin menangis disebabkan cinta ke apa tapi aku mungkin menangis kerana menginsafi dosaku, aku tak pandai dalam ilmu agama,kadang kadang aku terleka. Ampunkan aku Ya Allah.
Aku berharap aku dapat pergi jauh dari sini,
No comments:
Post a Comment