Friday, 26 October 2012

MHS


aku takut hilangnye aku dalam hati kau. aku takut.

aku sayang kau.
2006 - 2012

Thursday, 25 October 2012

MHS

sayang,aku takut kalau kau buat solat istikarah, apa yg kau mimpi bukan aku. aku takut..
yaa kau tak pernah tau. :(

aritu aku mimpi kau pakai purdah, cantek mata kau. :) pakai la sayang :) untuk Allah, pasti kau lg cantek :)

Monday, 22 October 2012

Sunday, 21 October 2012

MHS



hari jadi aku nanti harap harap ada orang belikan buku ni, tak mintak ape lebih pun, hanya buku ni :)

*p/s haha muka taktau malu :)

MHS

bila bangun tidur,sebelum tidur
sudah wajib untuk aku pandang gambar kau kat dinding bilik aku.
yaa kadang kadang sayang aku berlebihan,
aku tau kau rimas, aku tahu.
sorry sayang.

bila rindu,aku tgk gmbr kau,
tak pasti perasaan ni puas atau tak.
sayangnye.

Mengaji saje dapat mengubat kuasa rindu kau.
Walaupun mata dah merah lembap mcm hisap ganja.
Tahan Hasif, kau lelaki. ingat,kau lelaki!

:)

MHS

Kalau rindu, doa kan untuk aku sayang :'(

MHS

Setiap kali bangun tidur,setiap kali kejutkan kau dan keluarga aku tidur sembahyang subuh. Aku rasa amanah Allah terhadap aku sudah aku tunaikan sebaik mungkin. Ya Allah, kau baikkan lah segala perilaku ku ni, aku memohon kepada mu ya Allah. 

Awak,saya rindu.

MHS


malam malam camni aku rasa paranoid, bukan kerana aku hisap ganja nak paranoid pada polis,bukan sebab itu tapi aku takut jika aku kehilangan kau :( ah sudah la acip oi..bunga bukan sekuntum,bunga berlambak lambak lagi. yaa tapi kau takkan faham dan kau tak pernah faham. Pada usia aku macam ni, memang dikatakan muda dan banyak masa lagi untuk dikatakan hidup lama untuk mencari bunga baru,mungkin? tapi entahlah. risau itu mungkin. tipu lah kalau tak risau, aku sayang kau la.
jangan risau sayang,aku ada bila kau ada. jangan risauu :) sumpah aku hargai andai kau perlukan aku. 

awak, hati saya lembut, ya aku malu hati aku lembut. mintak maaf sayang. selamat malam HS.



MHS




sayang...
jika kau rasa gundah
itulah juga rasaku
jika kau rasa gelisah
yang ku rasa lebih dari itu.

Aku nak kau tahu apa yang aku rasa.
Sakit bila merindumu sayang :(

Saturday, 20 October 2012

MHS

mana lah kau pergi sayang? semalam betul betul aku perlukan kau, hurmmmm tapi takpelah,kau dah ade alasan munasabah , takkan aku nak marah. :) sabar MUHD HASIF SHAH.

Friday, 19 October 2012

MHS

Berkerja di negara orang? :) negara arab atau Brunei? terima kasih abah dan adik aku Hariz. Aku harap perancangan hidup aku lebih terurus :) harap harap dengan kerja aku ni dapat menjamin masa depan yang lebih lama untuk 30 tahun akan datang.amin.


aku akan buktikan kat kau stupid :)

Thursday, 18 October 2012

MHS

tersentak dengan lirik lagu HUJAN :) kenalah time aku update time waktu hujan. :)


Dari pandangan aku
makin kita usaha
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Kau pasti menungguku
Ku juga begitu
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Usah kau cuba 'tuk menangis..untuk bahagia
Usah kau cuba lari dari..untuk bahagia.

Rantai Rasa Cinta - Hujan

MHS

Tak semua orang pernah rasa susah :)
Tak semua orang pernah rasa senang :)
Aku bersyukur dengan apa yang ada :)
Ya kadang kadang mengharapkan mak ayah.
Tapi bila dipikirkan balik dengan umur aku makin meningkat.
Aku rasa aku tak layak diberi nafkah lagi.
Aku dah boleh bekerja cari duit.
Kadang kadang aku cemburu bila tengok orang muda yang kaya raya.
Dalam hati sumpah seranah.Mungkin belum sampai rezeki aku untuk ditahap kau.
Yaa kadang kadang aku terfikir masa depan aku. Masa depan aku ni akan jadi makin senang atau sebaliknya. 

Dalam hati aku yang jahat berbisik "kerja apa sampai kaya macam tu? jual dadah ke ape?"
Takpelah, rezeki masing masing. Tuhan nak bagi rezeki kena ada usaha. Insyallah.

*sedih tengok wallet aku,kejap bertimbun duit,kejap takde :)

MHS

Demi Allah, aku sayang kau H.S :(



Andai kata kita tiada jodoh,
Harap aku dan kau redha :)
Walaupun sakit di hati, hidup perlu diteruskan :)
Aku redha :)

I LOVE YOU.

Wednesday, 17 October 2012

MHS

Semakin hari typing kt blog baru ni,makin ketagih aku nak bukak cerita blue, haha tkde kene mengena haha  untuk hari ni,dah 3 kali aku pergi treatment gigi kat PPUM untuk check gigi aku elok ke tak,haha free pulak tu,kalau cousin aku tk bgtau pasal bende free, confrom aku malas je nk pg haha nk harap kan free je,susah la kan haha arrghhh lantak la haha ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang treatment gigi, baru aku tau tentang penjagaan gigi yang betul haha selalunye apa yg aku tau,gosok gigi je dh menjamin kebersihan gigi. masa aku scan gigi aku,perghhh macam tong sampah doh kat gigi, penuh plag kt gigi, perghhh terasa malu kt diri. haha and then dentist yg jage aku tu bernama Izzati merangkap cousin aku punye gf, die la yg jaga aku semua kat sane. Bila start cuci gigi tu, ya Allah nyilu rasa. Rase nak tumbuk2 je gigi aku haha sejak due menjak ni aku dah start gosok gigi 4 kali sehari.haha patutlah gadis gadis ramai pandang aku, rupe2 nye dia pandang gigi aku. terpikat lettewww.hahha  gambar gambar sepanjang kejadian di sana :)






haha 22.11.2012 penentu segala galanya :)

Tuesday, 16 October 2012

MHS

FUCK FUCK FUCK. KALAU LAGI 10 TAHUN AKAN DATANG,RAMAI LAH ORANG BUANG ANAK, SEMUA NAK IKUT STATUS PELAJARAN. BAIK IKUT STATUS BOLEH BUAT ANAK KE TAK BOLEH, :) ADA BERANI? :)  Buat apa kahwin grand bagai, hantaran mahal bagai, tapi agama langsung tiada, hutang keliling pinggang, bahagia yang dicari tapi derita yang dikecapi.


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR : PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000



MHS




salahkah orang tak kacak,muke setengah tiang,muka ala ala mat rempit nak bercinta? :) kesian kesian :)


Monday, 15 October 2012

MHS.



when i'm crying, u laughing
u think that it has all been decided
but its all coming back to u...
u never realise
u think its alright.
(BITTERSWEET - CAPITAL E)

MHS.


Memerlukan dan Diperlukan.ayat yang membezakan watak watak manusia.

Manusia zaman sekarang HIPOKRIT.

MHS.

andai dunia ku ini dapat dipusing kembali.
aku nak jumpa arwah atuk aku, aku rindu.




Assalammualaikum atulk Mail.

Ismail Bin Abu


MSH.

Ukir buah? dulu aku ingat ukir ukir ni susah, tapi dah lama lama jadi senang, :) minat itu kena ada :) yaa aku banyak belajar dari senior senior kolej aku :) hasilnya takda lah cantik sangat :) alhamdullilah.



 

 



MHS

Jari panas nak taip sesuatu tapi arghhhhhhh takpelah,simpan didalam hati dulu. :) lek lu,save dulu :) publish bila bila boleh :)

MHS.

Bila baring sorang sorang kat dalam bilik, aku mula fikir tentang hidup dan mati. Hidup ni tak lama, aku mula terbayang akan tamatnya hidupku nanti. Dulu bersukaria sampai tak ingat dosa pahala. Apa yang aku lakukan semuanya menurut hawa nafsu. Kalau nak cerita pasal mati, takut,berdebar,rasa gerun itu ada dalam diri tapi hanya sekejap. Lepas itu buat macam biasa,dengan mudah membuat dosa balik. Bila teringat kembali dosa dosa silam, aku hanya mampu diam. Berbakul bakul dosa aku kena hadap. Andai kata Allah murka dengan aku,aku redha dengan kesilapan aku. Bila fikir pasal dosa,aku terpaku sekejap. Mengalir air mata aku, yaaa aku lelaki,tak mungkin menangis disebabkan cinta ke apa tapi aku mungkin menangis kerana menginsafi dosaku, aku tak pandai dalam ilmu agama,kadang kadang aku terleka. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku berharap aku dapat pergi jauh dari sini,


MHS.

Nama aku Muhammad Hasif Shah Bin Mohd Halim Shah, ada 6 adik beradik dan mempunyai mak dan ayah yg sangat garang :) ni blog kedua aku :) blog yang pertama dah ccah jutaan peminat haha poh key mak lah jutaan peminat, haha nice to meet you again loser :)